
Minta tolong biar beradab, itu ayat yang paling sesuai bila lihat kisah yang terjadi dekat lelaki yang dikenali sebagai Asrul Lala di TikTok ini. Bukan semua perkara boleh dibantu, biarpun seakrab macam mana sekalipun persahabatan kita, apatah lagi jika salah seorangnya sudah berkahwin.
Dia dihubungi oleh rakannya untuk meminta pertolongan tetapi ia agak sukar untuk ditunaikan, oleh sebab itu lain pula yang jadinya.
Melenting bila tak dapat tolong
Menerusi perkongsiannya yang telah meraih lebih daripada 230K jumlah tontonan dalam masa 16 jam itu, Asrul menyatakan rakannya itu ingin menumpang di rumahnya di KL kerana rakannya itu mahu cari kerja disana.
Dikatakan, rakannya itu mahu tumpang sampai dia jumpa rumah sewa baru, namun apa yang membuatkan Asrul menjadi ralat untuk membantunya adalah tempoh tersebut amatlah mustahil untuk Asrul berikan kerana dia kini sudah beristeri. Tanpa diduga, rakannya itu seperti nak melenting dengan mempersoalkan tempat tinggalnya.


Biarpun terkejut dengan jawapan rakannya itu, Asrul bagaimanapun memberikan cadangan dengan recommend hotel yang murah untuk dia menginap sementara nak jumpa tempat tinggal. Namun jawapan yang rakan dia berikan amat memeranjatkan.
Hotel pelacur

Setelah mereka berborak panjang dan Asrul menjelaskan bahawa rakannya itu mahu pinjam wang tetapi Asrul tidak mampu untuk bantu sebab dah tolong ramai orang, mungkin perbelanjaanya juga terhad
Jawapan yang diberikan rakannya kali ini agak melampau apabila rakannya itu labelkan dirinya lupa diri lepas kahwin dan siap doakan perkara ang tak elok buatnya.

Disebabkan itu, Asrul membuat keputusan untuk berdiam diri dan abaikan sahaja rakannya itu, Asrul menyatakan bahawa seandainya rakannya itu berbicara dengan penuh beradab mungkin dia boleh tolong apa yang patut, tapi kalau dah macam ni gayanya siapa je sanggup.
@asrulala bercerita pasal seorang biawak.. risau tau risau
Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang geram bila baca kata-kata daripada rakannya itu dan majoriti berpihak kepada Asrul yang melakukan tindakan betul. Malah, ada juga yang kongsikan pengalaman sama terhadap pasangan mereka.


Memang kalau susah senang kawan sejati, kita kena tolong, tapi kalau jenis tak beradab agak parah ni, ambil kesempatan namanya.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
