Lepas Laporan Klinik, Tular Pula Rakaman Suara Aisyah Hijanah Dan Aliff Teega Bergaduh

30 Nov 2023 • 10:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Makin panas nampaknya isu rumah tangga pempengaruh Aisyah Hijanah dan Aliff Teega ni. Terbaru, tular di TikTok rakaman suara mirip pasangan ini sedang bergaduh.

Dalam rakaman itu, kedengaran suara Aisyah memberitahu suaminya akan masuk lokap kerana mengasarinya. Malah, anak perempuan mereka iaitu Khadeejah menjadi saksi kepada perbuatan tersebut.

@prncs__

takut ye dengar ni & tak sangka alif begini

♬ original sound –

Hari ini abang akan masuk lokap sebab abang hentak kepala abang dekat tepi kepala Aisyah tadi kan? Khadeejah nampak. Aisyah tak start physical abuse eh.

Kedengaran pula suara lelaki mirip Aliff mengatakan dia menjadi marah kerana Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami.

Katanya, Aisyah berkali-kali telah menghinanya walaupun dia telah memujuk cara baik.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial laporan perubatan pesakit bernama Aisyah Hijanah binti Azhari yang mengalami beberapa kecederaan antaranya lebam di anggota badan.

Namun, pihak pengurusan klinik menafikan penyebaran laporan perubatan itu dibuat oleh pihak klinik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved