“Saya Tak Boleh Menafikan Mahupun..” – Aisyah Hijanah Buka Mulut, ‘Update’ Keadaan Dengan Suami

30 Nov 2023 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega masih hangat meniti di bibir warga maya gara-gara isu perkahwinan kedua serta isu-isu rumah tangga mereka yang lain telah terdedah kepada orang awam.

Maklum dengan keadaan itu, Aisyah berkata dia tidak boleh menafikan atau membenarkan mengenai perkara yang tular sebelum ini kerana ia mungkin akan menjadi lebih teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Saya maklum mengenai beberapa hal yang telah pun leak dan diketahui umum. Pertama, saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.

Jelas Aisyah, dia dan suami berada dalam keadaan yang baik dan meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan sebarang perkara mengenai isu tersebut.

image is not available

Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, untuk berhenti daripada berkongsi. Kerana, hal ini akan bertambah teruk.

Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut internal. Buat masa ini, saya dan Alif dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Aisyah juga memohon maaf kepada orang ramai di luar sana jika perkara tersebut menganggu sedikit sebanyak mental serta emosi dan mendoakan agar semua orang dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

(VIDEO) "Saya Tak Sabar Jadi Isteri Awak.." - Video Luahan Hati Didakwa Milik Fatin Umaidah Jadi Tumpuan, Anggap Urusan Pernikahan Tak Mudah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved