Lepas Menang Artis Paling Popular, Netizen Tuntut Janji Bell Ngasri Belanja ‘Lunch’ Bulan Puasa

Entertainment
22 Jul 2023 • 3:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam telah berlangsungnya acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dalam acara gilang-gemilang itu, pelakon komedi lagenda, Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri telah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Paling Popular serta membawa pulang anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular.

Terdahulu, Bell dalam satu temubual memaklumkan yang beliau akan belanja makan tengah hari di bulan puasa sekiranya dinobatkan sebagai juara dalam kategori yang telah disenarai pendek. Kini, selepas beliau dinobatkan, ramai dalam kalangan netizen menuntut janji pelakon itu.

image is not available

Yakyak yeah!

Selepas 37 tahun berkarya, akhirnya Bell Ngasri telah mendapat anugerah sulung beliau. Satu pencapaian yang membanggakan dan min yakin ramai dalam kalangan peminat yang terhibur dengan lakonan beliau sejak dari zaman Cili Padi sehingga sekarang mengiktiraf beliau.

image is not availableMin pun harap tak ada lah yang betul-betul tuntut janji Bell ni ye. Generasi sekarang lagi banyak kenal Bell sebab dia berlakon sebagai Barkoba dalam telefilem puasa tu, sebab tu dia cakap macam tu.

image is not availableBetul juga cadangan ni. Kalau betul Bell dah memang berniat nak bagi orang makan time bulan puasa, mungkin boleh ikut cara macam ni.

image is not availableIngat tau kalau nak makan time bulan puasa, tunggu waktu berbuka nanti. Jangan jadi geng plastik hitam pulak.

image is not availableTahniah YB Barkoba atas kemenangan yang paling bermakna ini. Fuhh lama tu dalam industri dan baru pertama kali menang anugerah.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.