Lepas Muka Remaja Perempuan, Muncul Lagi ‘Kembar’ Alif Satar Versi Pemain Rubgy

Entertainment
11 Jan 2024 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya muka penyanyi kacak Alif Satar ini boleh diibaratkan seperti satu template kerana boleh dikatakan agak ramai orang yang menyerupai wajahnya itu.

Sebelum ini, tular seorang remaja perempuan yang dikatakan sama dengan rupanya, kali ini ada lagis seorang pemuda yang salin tak tumpah dengan muka Aliff Satar, cuma kali ini ia versi berisi sedikit. Jadi boleh imagine lah macam mana rupa Aliff Satar kalau berisi.

Seperti yang kita sedia maklum, Alif Satar kini sedang giat menjalankan gerakan Geng Subuh Macam Jumaat dan ternyata ia mendapat sambuatan hangat, bukan sahaja dalam Malaysia, sampai ke luar negara mengikuti gerakan ini.

Dengan sambutan itu, netizen ada buat thread menarik berkaitan Alif Satar dan meminta netizen untuk mengumpulkan wajah-wajah yang serupa dengan penyanyi dan pelakon itu di bawah ruangan komen dengan menggunakan hashtag #GengMukaMacamAlifSatar.

Ternyata ia mendapat sambutan daripada netizen dan mereka kongsikan gambar individu yang seiras dengan wajahnya. Bila min scroll ke bawah memang sama weh! Tengok ni!

image is not available image is not available image is not available

Orang kata kat dunia ni kitakan ada 7 orang yang mempunyai wajah seiras dengan kita, tapi tengok gaya Alif Satar ni macam lagi ramai je.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.