“Lepas Ni Orang Pengsan Saya Tak Lari” – Selalu Hulur Bantuan, ‘Abang Viva’ Pergi Kursus Untuk Tambah Ilmu Selamatkan Orang

18 Jul 2022 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Walaupun telah menyertai banyak misi bantuan, lelaki yang dikenali sebagai Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tidak berhenti mendalami ilmu untuk menyelamat dan telah mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam selama tiga hari.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Azwan, 30, menerangkan bahawa dia kini lebih yakin untuk memberikan bantuan kepada mangsa bencana terutamanya mereka yang terlibat banjir.

image is not available

Sumber : Utusan Malaysia 

Menurut Azwan, kemahiran asas seperti bantuan pernafasan (CPR) dan ikatan amat penting semasa menyertai misi menyelamat bukan sahaja untuk membantu mangsa namun untuk kepentingan diri sendiri.

Tambahnya lagi, banyak perkara baharu yang dipelajari ketika menyertai kursus APM dan merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna buatnya.

Saya diajar ikatan simpul mati dengan lebih baik, diajar menjadi lebih berdisiplin yang mana pengalaman ini tidak dapat di tempat lain.”

Azwan juga turut berkongsi bahawa sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang kemahiran semasa pergi memberi bantuan secara solo kepada mangsa banjir.

Perkara itu mendapat perhatian warganet dan rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Azwan kerana menyertai kursus tersebut.

Terdahulu, kisah Abang Viva tular di seluruh negara apabila dia menggunakan kereta Perodua Viva membawa sebuah bot getah dan berbekalkan wang tunai sebanyak RM50 untuk menyelamatkan mangsa banjir.

image is not available 5 bulan lalu

'Abang Viva' Kembali Beraksi, Turun Ke Pantai Timur Bantu Mangsa Banjir