“Lepas rindu kat sayang…” –Wanita berniqab luah rasa, didakwa bakal madu Nur Nilam?

LocalEntertainment
4 May 2025 • 5:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Wanita berniqab luah rasa syukur dan rindu terhadap pelakon Azlan Komeng menerusi satu hantaran di TikTok yang tular.

Individu dikenali sebagai Maizila itu berkongsi beberapa foto mesra bersama Azlan di dalam kereta.

“Alhamdulillah, terima kasih sayang selalu ada dengan saya walau sibuk bekerja.”
“Lepas rindu dengan sayang sorang ini,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Wanita berniqab luah rasa

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk dakwaan bahawa Maizila merupakan bakal madu kepada usahawan Nur Nilam Ortiz.

Ruangan komen dibanjiri kritikan warganet yang menganggap wanita itu sebagai punca keretakan rumah tangga Nilam.

Tidak kurang juga ada yang seakan tidak percaya dan menyatakan wanita berkenaan merupakan isteri Azlan Komeng sendiri.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Nilam mendedahkan bahawa suaminya akan berkahwin satu lagi dan dia sudah pun bertemu dengan bakal madunya.

Dalam hantaran berasingan, Nilam turut berkongsi keberadaannya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Menerusi video tersebut, dia memakai jubah dan tudung hitam, seolah-olah memberi petunjuk dirinya memilih untuk menjaga hati sendiri.

Untuk makluman, Azlan dan Nilam berkahwin pada 22 Januari 2022.

Sumber: TikTok maizila1