Nur Nilam Ortiz Dedah Azlan Komeng Sukarkan Proses Perceraian!

EntertainmentLifestyle
28 Apr 2025 • 3:04 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nilam Ortiz Azlan Komeng

Pempengaruh, Nur Nilam Ortiz tidak dapat menahan rasa kecewanya apabila mendedahkan bahawa pelakon, Azlan Komeng menyukarkan proses perceraian mereka.

Menurut laporan xtra, Nilam menangis teresak-esak ketika bersiaran langsung di TikTok sambil meluahkan betapa dia berasa dikhianati oleh suaminya sendiri.

Apa yang saya rasa sekarang ini adalah satu pengkhianatan yang sangat besar. Saya dah biasa orang tikam belakang, tetapi kali ini yang menikam adalah suami saya sendiri.

Nur Nilam tuntut fasakh kerana sudah tidak mampu bertahan

image is not available

Menurut Nilam, dia telah memfailkan tuntutan fasakh kerana yakin Azlan tidak mahu melepaskannya secara baik.

Saya balik Siam dia cari saya. Saya nak keluar daripada rumah ini, dia akan sabit saya nusyuz. Dia buat jalan saya susah… saya dah penat.

Nilam turut menambah bahawa dia sudah tidak mampu meneruskan kehidupan bersama Azlan lagi selepas mengetahui niat suaminya untuk berkahwin lain.

Sudah tak ada harapan?

image is not available

Nilam mengakui hatinya telah hancur dan kecewa hingga tiada lagi ruang untuk memperbaiki hubungan mereka.

Saya cakap dengan dia, ‘macam ni lah Komeng.. saya dengan awak tak boleh dah. Macam mana pun awak cuba usaha, saya tetap tak boleh.

Sebelum ini, Nilam turut mencuri perhatian ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, meskipun pada ketika itu beliau belum mendedahkan secara jelas sebab kehadirannya.

Setiap hubungan yang terlerai perlu diuruskan dengan matang dan tenang. Jangan biarkan ego merosakkan maruah dan kebahagiaan bersama.

Kredit: xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.