“Lepas Satu-Satu Lelaki Korea..” – Kim Sungcheol, Kim Minseok & Ramai Kantoi ‘Layan’ Entri Lucah Selebriti Wanita

WorldEntertainment
3 Feb 2025 • 10:30 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lelaki Korea memang ada kuota untuk buat masalah setiap hari ke?

Terbaru, Kim Min-seok Melomance dan pelakon Kim Min-seok serta pelakon Kim Sung-cheol telah dikritik netizen dek aktiviti ‘tak semenggah’ mereka di Instagram.

Kim Min-seok, anggota duo Melomance, pada 22 Januari telah menyertai satu undian di sebuah akaun Instagram. Akaun tersebut terkenal kerana sering menyiarkan video persembahan kumpulan wanita dan mempunyai lebih daripada 210,000 pengikut.

Masalahnya ialah akaun tersebut menggunakan efek (slow motion) pada sebahagian video persembahan, yang telah dikritik sebagai gangguan seksual terhadap selebriti wanita kerana dianggap memanipulasi video secara sengaja dan dalam video itu Kwon Eun-bi dan Kang Hye-won menjadi mangsanya.

image is not available

Bukan hanya Kim Min-seok dari Melomance, tetapi pelakon Kim Min-seok yang mempunyai nama yang sama juga telah meninggalkan komen “Manchester adalah merah… hm…” pada salah satu hantaran akaun tersebut tujuh minggu yang lalu. Pelakon Kim Sung-cheol turut ‘ditangkap’ menyertai undian tersebut dua minggu lalu.

Ramai netizen mula tertanya-tanya sama ada Kim Min-seok dari Melomance dan pelakon Kim Sung-cheol dengan terbuka menyertai undian itu kerana menganggap undian tersebut bersifat peribadi dan tak seharusnya dilakukan oleh mereka yang juga merupakan selebriti.

image is not available

Dalam kes pelakon Kim Min-seok, dia mencetuskan kejutan kerana secara terbuka meninggalkan komen menggunakan akaun rasmi di ruangan komen yang boleh dilihat oleh ramai orang.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.