Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka India 2025

19 Jan 2025 • 7:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka India 2025

Beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, menunjukkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae.

Ini sekali gus menjadikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 di New Delhi, sebentar tadi.

Pada set pertama, gandingan nombor dua dunia itu menguasai permainan dengan cemerlang, tidak pernah ketinggalan sejak awal, dan meraih empat mata berturut-turut untuk menutup set dengan kemenangan 21-15.

Namun, dalam set kedua, keadaan berubah apabila Won Ho-Seung Jae mengambil alih permainan dan mudah memenangi set tersebut dengan keputusan 21-13, sekali gus memaksa perlawanan diteruskan ke set penentuan.

Set ketiga menyaksikan perlawanan semakin sengit, tetapi Sze Fei-Izzuddin berjaya mengatasi cabaran dan menewaskan juara Terbuka Malaysia itu dengan keputusan 21-16, selepas bertarung selama 53 minit.