Selepas mencipta kejutan menyingkirkan Brazil di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, skuad kebangsaan Norway kini berada pada fasa terbaik dalam sejarah bola sepak negara itu.
Bagaimanapun, kegembiraan tersebut sedikit terganggu apabila kem Norway dilaporkan berdepan masalah kesihatan beberapa pemain menjelang aksi suku akhir menentang England pada 12 Julai ini.
AdvertisementMenurut laporan media, beberapa pemain skuad kendalian Stale Solbakken mula menunjukkan simptom jangkitan sepanjang kejohanan berlangsung.
View this post on Instagram
Solbakken tidak menafikan perkara itu dan mengakui situasi tersebut bukan sesuatu yang ideal sebelum perlawanan penting.
“Kami ada beberapa pemain yang rasa kurang sihat, tapi keadaan semakin membaik. Memang ia bukan situasi yang ideal sewaktu kejohanan sedang berlangsung, tapi kami cuba uruskan sebaiknya,” katanya.
Antara pemain yang terjejas ialah Jorgen Strand Larsen yang terpaksa terlepas aksi pembukaan menentang Iraq akibat demam panas.
View this post on Instagram
Marcus Holmgren Pedersen pula tidak dapat diturunkan ketika Norway menewaskan Brazil atas faktor kesihatan yang sama.
Mengulas punca jangkitan, Solbakken berkata faktor perubahan cuaca, penggunaan pendingin hawa serta jadual penerbangan yang padat merentasi Amerika Utara mungkin menjadi antara penyebab utama.
“Isu kesihatan ini berlaku secara berperingkat dengan beberapa pemain mengalami simptom batuk dan suara serak. Walau bagaimanapun, situasi seperti ini agak biasa apabila kerap menaiki penerbangan dan kerap berada di dalam bilik persalinan berpendingin udara.
Dengan lebih 50 ahli dalam pasukan, adalah perkara biasa jika ada dalam kalangan kami yang jatuh sakit,” tegas beliau.
Untuk rekod, ini merupakan pencapaian terbaik Norway dalam sejarah Piala Dunia apabila berjaya mara ke suku akhir buat pertama kali.
Sebelum ini, pencapaian terbaik Norway hanyalah mara sehingga pusingan 16 terbaik pada edisi 1938 dan 1998.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki Warga Asing 'Gosok Gigi' Pakai Token RapidKL, Netizen Luah Rasa Jijik - "Sampai Terkopek Dia Buat!"
The post Lepas Singkirkan Brazil, ‘Team’ Norway ‘Diserang’ Penyakit Menjelang Suku Akhir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






