Les’ Copaque Dan Didi & Friends Adalah Dua Saluran YouTube Dengan Jumlah Pendapatan Tertinggi

TechnologyDigital
30 Jan 2023 • 10:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerjaya menjadi YouTuber pernah diperlekeh kerana dilihat sebagai bukan pelan masa depan yang teguh. Ramai yang mencuba dan ramai juga yang gagal. Yang berjaya walaupun sedikit mampu menjana pendapatan yang cukup lumayan. Menurut laporan Saving Spot, di Malaysia saluran YouTube yang paling menguntungkan ialah Les’ Copaque yang telah menjana pendapatan $16,730, 624 (~RM71 juta) sejak dimulakan.

image is not available

Ini meletakkan saluran ini sebagai antara lima saluran paling menguntungkan di rantau Asia Pasifik. Saluran yang paling menguntungkan di rantau ini ialah ChuChu TV dari Indian yang menjadi hampir $82 juta setakat ini. Sementara itu saluran YouTube paling menguntungkan ialah Cocomelon yang telah menjadi hampir $283 juta.

Menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan pada waktu ini ialah yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Di Malaysia, saluran kanak-kanak yang menjana pendapatan tertinggi selain Les’ Copaque ialah Didi & Friends yang telah menjana $10,564,465 (~RM45 juta) setakat ini.

image is not available

Jadi sekiranya anda ingin meningkatkan kebarangkalian menjana pendapatan tertinggi di YouTube, bukalah saluran yang menyasarkan golongan kanak-kanak.