Les’ Copaque Nafi Dakwaan Animasi Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia [Video]

LocalEntertainment
18 May 2026 • 4:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Les’ Copaque Nafi Dakwaan Animasi Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Animasi Upin & Ipin sememangnya mendapat tempat di hati masyarakat tempatan mahupun luar negara.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial sedutan video sebuah wawancara yang mendakwa animasi terbabit kononnya berasal dari Indonesia.

Kenyataan itu nyata mencetus perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial sehingga ramai yang mahu syarikat animasi tempatan, Les’ Copaque Production mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Les’Copaque Tegas Upin & Ipin Hak Milik Mereka

Terbaharu, Les’Copaque Production dalam satu hantaran di Facebook menegaskan animasi Upin & Ipin adalah sepenuhnya karya asal dan hak cipta milik syarikat berkenaan.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengaitkan animasi terbabit dengan pihak luar.

Memetik Sinar Harian, kenyataan itu dibuat ekoran penyebaran sebuah video di media sosial yang mendakwa Upin & Ipin berasal dari Indonesia sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Individu Dakwa Animator Muda Hasilkan Animasi Si Arifin

Menerusi video tular, individu dari negara seberang itu mendakwa sekumpulan animator muda dari Jakarta dan Bandung telah menghasilkan sebuah karya animasi yang dikenali sebagai Si Arifin pada tahun 2008.

Namun dakwa individu terbabit, karya berkenaan kononnya ditolak oleh stesen televisyen tempatan kerana pada waktu itu penerbit lebih memilih program yang berasaskan pelakon kanak-kanak sebenar atau realiti serta faktor kos animasi yang dianggap terlalu tinggi.

Video itu turut mendakwa Malaysia ‘mengambil kesempatan’ dengan membeli lesen animasi berkenaan dan menjualnya semula ke Indonesia dengan harga yang lebih mahal serta mengaitkan asal usul Upin & Ipin dengan Indonesia.

Pun begitu, dakwaan terbabit tidak disertakan dengan bukti yang sahih serta bertentangan dengan rekod industri yang menunjukkan Upin & Ipin adalah karya asal yang dibangunkan sepenuhnya oleh Les’ Copaque.

View on Threads

Les’ Copaque Mula Ditayangkan Di Malaysia 2007

Menerusi hantaran berasingan, Les’ Copaque turut berkongsi sedutan video mengenai sejarah tayangan Upin & Ipin seperti yang dimaklumkan oleh pengasasnya, Haji Burhanuddin Md Razi.

Jelas Les’ Copaque menerusi ruangan kapsyen, animasi Upin & Ipin mula disiarkan di TV9 pada tahun 2007.

Malah, akaun rasmi animasi berkenaan di Threads turut menjelaskan bahawa Upin & Ipin adalah dari Malaysia.

View on Threads

Bukan Kali Pertama Indonesia Dakwa Upin & Ipin Berasal Dari Sana

Isu ini bukanlah satu isu yang baru kerana sebelum ini turut tular dakwaan yang mendakwa Upin & Ipin berasal dari Indonesia.

Antara yang pernah menjadi bualan ramai adalah apabila animasi tersebut didakwa berdasarkan kisah sebenar di sebuah kampung di Indonesia.

Namun, dakwaan itu disangkal oleh Les’ Copaque yang memaklumkan bahawa animasi tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production (LCP).

Malah, ia juga tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.

Sebagai info, sewaktu Upin & Ipin mula mencipta nama, produksi diketuai pengasas Animonsta Studios, Nizam Razak (Boboiboy) dan pengasas Wau Animations (Ejen Ali), Usamah Zaid ketika kedua-duanya masih bersama LCP.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Konon Upin & Ipin Adalah Cerita Sebenar & Kuburnya Di Indonesia, Ini Respon Founder Les’ Copaque

Baca Artikel Berkaitan: Tahniah! Les’ Copaque Berjaya Rangkul Anugerah Antarabangsa ‘Made For The World’

View Original Article