Tular Dakwaan Watak Asal Upin & Ipin Bernama ‘Arifin’, Kononnya Hasil Animator Indonesia

LocalEntertainment
18 May 2026 • 5:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu video memaparkan dakwaan bahawa animasi popular Upin & Ipin kononnya berasal dari Indonesia tular di media sosial, baru-baru ini.

Dakwaan itu timbul menerusi perbualan seorang individu bersama pencipta kandungan Indonesia, Frans Sanjaya ketika melawat sebuah muzium budaya di Mojokerto, Jawa Timur.

Image from: Tular Dakwaan Watak Asal Upin & Ipin Bernama ‘Arifin’, Kononnya Hasil Animator Indonesia

Dalam sedutan video itu, individu terbabit mendakwa sekumpulan animator muda dari Jakarta dan Bandung pernah menghasilkan sebuah animasi sekitar tahun 2008 sebelum projek itu dikatakan ‘dibeli’ oleh Malaysia.

Malah, individu itu turut mendakwa watak asal animasi tersebut bukan dikenali sebagai Upin & Ipin, sebaliknya menggunakan nama Arifin.

Menurutnya lagi, projek animasi berkenaan sebelum itu ditawarkan kepada beberapa stesen televisyen di Indonesia namun tidak mendapat sambutan kerana ketika itu rancangan kanak-kanak berkonsepkan pelakon sebenar lebih popular.

Image from: Tular Dakwaan Watak Asal Upin & Ipin Bernama ‘Arifin’, Kononnya Hasil Animator Indonesia

Sedutan video tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya peminat animasi terkenal berkenaan di Malaysia dan Indonesia.

Susulan penularan dakwaan itu, syarikat penerbitan Les’ Copaque Production tampil memberi penjelasan rasmi menerusi Facebook pada Ahad.

Image from: Tular Dakwaan Watak Asal Upin & Ipin Bernama ‘Arifin’, Kononnya Hasil Animator Indonesia

“Animasi Upin & Ipin adalah sepenuhnya hak cipta dan karya Les’ Copaque Production,” katanya ringkas dalam kenyataan tersebut.

Upin & Ipin merupakan siri animasi terkenal terbitan Les’ Copaque Production yang mula diperkenalkan pada 2007 dan kini menjadi antara francais animasi paling berjaya di Asia Tenggara.

Sumber: Facebook Les’ Copaque Production Sdn Bhd

The post Tular Dakwaan Watak Asal Upin & Ipin Bernama ‘Arifin’, Kononnya Hasil Animator Indonesia appeared first on Borak Daily.

View Original Article