Lesen Memandu Percubaan Ke Kompeten Sudah Boleh Ditukar di Aplikasi MyJPJ

16 Feb 2025 • 2:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah tak perlu bergegas mengejar waktu bekerja untuk urusan tukar lesen

Lesen Memandu Percubaan Ke Kompeten Sudah Boleh Ditukar di Aplikasi MyJPJ. Orang ramai kini boleh menukar lesen memandu percubaan (PDL) mereka kepada lesen memandu kompeten (CDL) menerusi aplikasi MyJPJ bermula esok (17 Februari 2025), menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ciri baharu ini dijangka memberi manfaat kepada 2.38 juta pemegang PDL yang layak.

image is not available
Lesen Memandu Percubaan Ke Kompeten Sudah Boleh Ditukar di Aplikasi MyJPJ. Gambar hiasan.

Kemas kini aplikasi sebelum membuat pertukaran

Sebelum ini, urusan penukaran ini perlu dilakukan secara fizikal dan perlu hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengenalan ciri baharu ini bertujuan memudahkan orang ramai memohon CDL secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

“Pemegang PDL boleh membuat permohonan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi MyJPJ menggunakan telefon pintar mereka,” katanya.

Aedy Fadly menjelaskan bahawa pemohon perlu memuat turun atau mengemas kini aplikasi MyJPJ sebelum log masuk, dan selepas memilih menu yang berkaitan serta membuat bayaran, mereka akan menerima notifikasi mengenai status permohonan.

“Ciri baharu permohonan CDL menerusi aplikasi MyJPJ ini mudah, pantas, menjimatkan masa, fleksibel dan mesra pengguna,” tambahnya.

Adakah anda salah seorang pemandu yang masih menggunakan lesen memandu percubaan? Sekarang, semuanya serba pantas dan mudah. Kalau nak bertukar nanti, tak perlu bergegas atau minta cuti waktu bekerja lagi untuk urusan mudah macam ni, kan?

Baca juga info tentang inisiatif MyLesen B2 untuk golongan kurang berkemampuan