JPJ: Permohonan Pertukaran PDL Kepada CDL Boleh Dibuat Melalui MyJPJ

LocalCars
16 Feb 2025 • 11:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana permohonan Pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) melalui aplikasi MyJPJ boleh dilakukan secara digital melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pengenalan fungsi baharu itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

image is not available

Ini bermakna, seramai 2,383,043 pemegang lesen PDL boleh melaksanakan permohonan CDL melalui Aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menerusi telefon pintar mereka.

"Fungsi baharu permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ mempunyai kelebihan kelebihan seperti mudah dan cepat di manaproses permohonan CDL menjadi lebih mudah dan cepat dengan hanya beberapa langkah di aplikasi MyJPJ.

"Pemohon tidak perlu lagi meluangkan masa untuk pergi ke kaunter JPJ dan permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya dalam satu kenyataan.