Lesen Memandu Tamat Melebihi Tiga Tahun Tak Layak Nikmati Budi95 – Anthony Loke

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 4:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Seperti yang semua sedia maklum bermula 30 September ini semua rakyat Malaysia bakal menikmati harga minyak RON95 RM1.99 seliter.

Harga minyak RON95 berjumlah RM1.99 ini diberikan kepada rakyat menerusi program subsidi bersasar atau dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Walau bagaimanapun Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut memaklumkan kerajaan tidak boleh memberi jaminan kadar harga RM1.99 seliter tersebut kekal sepanjang masa.

Selain itu mekanisme bagi had penggunaan Budi95 juga sedang diperhalusi untuk mengelakkan ketirisan tanpa membebankan pengguna.

Lesen memandu tamat lebih tiga tahun, tak layak terima Budi95

Terbaharu, rakyat Malaysia yang mempunyai lesen Memandu Kompeten (CDL) atau lesen memandu yang sudah tamat lebih tiga tahun tidak layak untuk mendapatkan subsidi minyak di bawah program Budi95.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook golongan berkenaan tak layak menerima subsidi minyak RON95 secara automatik disebabkan lesen yang tidak sah selain disekat melalui sistem Kementerian Kewangan (MoF).

Jelas beliau, penebusan Budi95 itu sudah pun diintegrasikan dengan sistem MoF serta orang ramai tidak lagi perlu untuk mengemukakan lesen memandu apabila ingin membuat pengisian minyak.

“Saya ingin ingatkan kepada orang ramai supaya tidak membiarkan lesen memandu mereka tamat lebih tiga tahun bagi menikmati subsidi bahan api itu,” ujarnya, lapor Kosmo.

Lesen mati tak lebih 3 tahun wajib duduki ujian KPP02 dan KPP03

Manakala pemegang lesen memandu yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun pula wajib untuk menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) bagi mengaktifkan semula lesen memandu.

Pun begitu, Anthony memaklumkan individu yang tidak memperbaharui lesen memandu di bawah tempoh tiga tahun pula masih layak untuk menerima subsidi bahan api terbabit.

“Setakat ini, sejumlah 925,421 individu tidak memperbaharui lesen memandu masing-masing yang tamat antara setahun hingga tiga tahun.”

Ujar beliau lagi, sejak pengumuman mengenai Budi95, JPJ merekod sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan lesen memandu melalui pelbagai saluran urus niaga seperti:

  • Aplikasi MyJPJ
  • mySikap
  • Kiosk
  • Kaunter JPJ di seluruh negara

Source: