Pakcik Puji Wanita ‘Hebat’ Lepas Dapat Tahu Graduan Dari University Of Tasmania Dalam Bidang Farmasi [Video]

24 Sep 2025 • 5:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Setiap individu pasti mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading untuk mencapai cita-cita yang diinginkan.

Meskipun menempuh pelbagai cabaran namun tiada perkara yang boleh mematahkan semangat untuk mengapai impian selagi diizinkan Allah SWT.

Malah ada yang terbang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran demi mencapai cita-cita dalam kerjaya yang diinginkan.

Pakcik puji wanita farmasi selepas tahu dari graduan Australia

Baru-baru ini, seorang pakcik memuji seorang ahli farmasi wanita yang bekerja di sebuah farmasi sebaik mengetahui dia graduan dari sebuah universiti di luar negara.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fiza di TikTok, awalnya kelihatan pakcik yang memakai baju oren itu sedang duduk di hadapan sebuah kaunter.

Turut kedengaran pakcik itu bertanya kepada Fiza sebelum ini dia belajar di mana. Dia kemudian meneka Universiti Sains Malaysia sebagai pilihan jawapan.

Tanpa teragak-agak, Fiza lalu mengatakan Universiti Tasmania yang terletak di Australia.

“Hang hebat”

Sebaik mendengar jawapan diberikan Fiza, kedengaran suara pakcik itu terkejut dan bertanya sekali lagi sebelum memujinya.

“Hah? Hah? Universiti of Tasmania? Hang (awak) hebat,” katanya.

Selepas berbual, Fiza memaklumkan pakcik berkenaan juga adalah graduan dari sebuah institut di Australia dan mengambil jurusan jurutera.

Jurusan farmasi memerlukan kelayakan yang tinggi jika di Australia

Dalam video sama, pakcik terbabit mengatakan terdapat beberapa jurusan yang disifatkan ‘hebat’ serta tidak mudah.

“Actual science, doktor gigi dan ni farmasi. Yang ini nombor top, ini orang kata ‘cream of the cream’. Kalau cream tu, dia cream lagi (lebih bagus) kalau pandai. Lepas tu nombor dua susah nak masuk doktor.

“Australia yang paling payah nak masuk (belajar) sekali farmasi, actual science dengan doktor gigi. Betul tak betul?

“Mesti geng four flat (gred CGPA) ni. Tak four flat, tak boleh masuk,” katanya kepada Fiza.

Malah pakcik itu turut mengatakan kelulusan untuk memasuki bidang-bidang tersebut perlulah 9 A+.

“Seronok sembang dengan pelanggan dan senior dari Australia. Terima kasih encik support kami. Kami sayang semua pelanggan kami,” kata Fiza.

Ramai bangga dan ucap tahniah, suka lihat orang berilmu bersembang

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa bangga apabila bidang yang diambil oleh mereka turut disebut oleh pakcik berkenaan.

Ada juga pengguna mengatakan pakcik tersebut dikenali sebagai Din dan merupakan bekas majikan mereka yang baik dan peramah.

Selain itu, ramai yang suka melihat perbualan dengan orang yang berilmu.

“Seronok bila ada orang hargai kita macam ni. Nampak keihklasan pakcik tu semoga kedua-duanya sentiasa sihat dan memberi semangat untuk kita semua”

image is not available

“Sama-sama hebat, tahniah. Sebarkan manfaat untuk masyarakat ya. Dunia ketandusan manusia yang berilmu dan beradab”

image is not available

“Betul, bukan calang-calang orang nak masuk bidang ni. Awak hebat”

image is not available