“Letak bedak dekat muka? Kau lelaki” – Podcast Ulas Isu Maskulin Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Entertainment
12 Dec 2023 • 3:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam persepsi masyarakat, umumnya hanya perempuan yang dikatakan lebih berhak merias wajah.

Namun, bukan menjadi perkara baharu lagi apabila golongan lelaki juga dikenakan solekan contohnya pada majlis tertentu supaya tampak lebih maskulin.

Bagaimanapun, satu video tular di TikTok yang menampilkan tiga orang lelaki mengupas isu maskuliniti yang didakwa sudah semakin terhakis ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @thesalesmentalk, dua orang hos podcast itu sedang menemu bual seorang lelaki mengenai pendapatnya tentang maskuliniti yang semakin terhakis zaman sekarang.

@thesalesmentalk

Maskuliniti semakin terhakis? #fyp #thesalesmentalk | The Salesmen Talk Episod 8 with @sHaH ReMpiT

♬ Smoked out Phonk – TREVASPURA

Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu, mereka membandingkan maskuliniti lelaki zaman dahulu dan zaman sekarang.

“Kalau tengok kan, sekarang budak lelaki pakai bedak weh keluar. Zaman dulu, bila kau ada jerawat kau macam proud tau. Even parut bang. Zaman dulu, datang muka berjerawat batu lagi bagus. Sebab dia akan meninggalkan lopak-lopak menjadikan maskulin,” katanya.

Podcast itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mengecam perbincangan itu yang mendakwa menjaga penampilan muka tiada kaitan dengan isu maskuliniti. Pun begitu, ada juga yang menyatakan sokongan terhadap pandangan mereka.

image is not available

image is not available

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.