Letak Jawatan ADUN Gurun, Johari Abdul Bakal Speaker Dewan Rakyat?

Politics
18 Dec 2022 • 12:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Johari Abdul - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat semakin hangat, apabila beliau mengesahkan sudah mengosongkan kerusi terbabit, berkuatkuasa serta merta.

Johari menerusi satu rakaman video yang tular berkata, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada Speaker DUN Kedah pada 13 Disember lalu.

Menurut beliau, antara lain surat berkenaan memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun telah dikosongkan berkuatkuasa serta merta.

“Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih yang memberi ruang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam persidangan DUN Kedah.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat di Gurun dan pengundi di sana, tuan-tuan dan puan-puan berikan kerjasama yang luar biasa dan kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai ADUN Gurun,” katanya menerusi rakaman berdurasi dua minit itu.

Johari yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah bagaimanapun tidak menyatakan faktor peletakan jawatan itu.

Beliau sebelum ini dipetik sebagai berkata, namanya memang antara yang tersenarai untuk dilantik sebagai Speaker Dewak Rakyat menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Mantan Ahli Parlimen Sungai Petani itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan digantikan oleh anaknya, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Dr Mohammed Taufik mencatatkan kemenangan tunggal buat PH di Kedah, apabila berjaya meneruskan legasi bapanya di Sungai Petani. - Getaran, 18 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved