Letak kalimah Allah pada poster, FINAS arahkan GSC tukar poster filem Sijjin

27 Dec 2023 • 10:44 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini filem Sijjin dikritik ramai gara-gara gimik promosi filem berkenaan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Bukan itu sahaja, poster rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Golden Screen Cinemas (GSC) juga menyentuh isu sensitiviti umat Islam. Menerusi poster tersebut, terdapat kalimah Allah dalam Bahasa Arab pada kain hitam yang membaluti tubuh seorang wanita.

Susulan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah mengarahkan GSC selaku pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia, Sijjin untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya sudah berbincang dengan GSC dan mengarahkan supaya membuat penukaran kepada poster baharu.

“FINAS ambil maklum tentang isu ini dan kami minta dan mengarah GSC untuk menarik balik serta menukar poster filem ini,” katanya.

Terdahulu, filem Sijjin terbitan Rapi Films bersama Sky Media dan Legacy Pictures mengundang kritikan masyarakat Muslim di negara ini apabila didakwa tidak sensitif dengan perkara membabitkan agama Islam.

Paparan kalimah ‘Allah’ pada kain hitam yang membaluti seorang wanita dipercayai sedang dirasuk dan akan berubah menjadi ‘jin’ itu disifatkan keterlaluan, malah tidak wajar dimuatkan dalam bahan promosi filem.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved