“Letakkan Ego Ke Tepi..” – Tak Mahu Anak Kurang Kasih Sayang, Erra Fazira Sanggup Toleransi Dengan Bekas Suami

Family & Parenting
1 Feb 2024 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak mahu puterinya kurang mendapatkan kasih sayang dari kedua ibu bapa, pelakon dan penyanyi terkemuka, Erra Fazira dedah dirinya dan bekas suami, Engku Emran sanggup bertolak-ansur demi kebaikkan anak mereka.

Tidak mahu senasib

Menurut Erra, dia tidak mahu anaknya itu senasib dengan dirinya yang tidak mendapat kasih sayang dari seorang bapa sejak kecil. Oleh itu, dirinya berazam untuk anaknya mendapat kasih sayang yang sama dari bekas suami dan dirinya.

Saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.

 

Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DEQ SHA (@makeupbydeqsha)

Nasihat kepada ibu bapa

Bukan itu sahaja, pelakon yang diberi julukan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu ini turut berpendapat bahawa ibu atau bapa di luar sana haruslah mengalah dan menurunkan ego demi kebaikkan anak-anak.

Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi.

Terdahulu, Erra pernah bernikah selama tiga tahun bersama Yusry Abdul Halim sebelum bercerai dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang anak.

image is not available 2 days ago

"Saya Tak Mahu Ameena Membesar Dengan Perkara Tak Baik.." - Shakilla Minta Kecaman Dihentikan Terutama Kepada Fizi Ali