“Letih dah buat aduan” – Guru Kecewa Siling Kuarters Dipenuhi Najis Burung & Bau Busuk

Entertainment
16 May 2023 • 4:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam kemeriahan menyambut Hari Guru yang jatuh pada setiap 16 Mei, seorang guru meluahkan rasa kecewa di media sosial berhubung keadaan siling sebuah kuarters yang didiaminya.

Luahan itu dikongsikan oleh @TheTehOriginal di laman Twitter yang mendakwa sudah letih membuat aduan mengenai keadaan siling kuarters dipenuhi najis burung kepada pihak atasan namun menghampakan.

Menurut guru itu, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan bau busuk yang terpaksa dihidu setiap hari ketika pulang ke rumah.

Dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsikan, kawasan di sekitar siling rumah itu dipenuhi najis burung dan sarang lipas.

“Letih dah buat aduan tapi jawapan yang dapat tak ada bajet. Balik tadi aku buka pintu rumah rasa pening gila dengan bau dalam rumah.

“Aku memang tak tahan dah. Terus pinjam lampu picit pengawal keselamatan dan panjat siling kuarters,” ciapnya.

Ujarnya, majikannya turut membantunya membuat rayuan agar kerja membaik pulih siling kuarters berkenaan disegerakan, tetapi tetap menerima alasan yang sama.

Jadinya, dia mengambil keputusan untuk mengambil gambar dan video keadaan siling rumah untuk ditunjukkan kepada pihak berkenaan.

image is not available

“Setiap kali aduan tiada pihak yang turun melihat dengan mata kasar. Sekurangnya kalau dia datang boleh dia nikmati bau-bau ‘wangi’ yang aku hadap setiap hari,” katanya.

Beliau turut berharap perkara tersebut perlu diambil serius kerana najis burung boleh membawa maut kepada manusia.

“Mungkin nak tunggu ada kes dulu baru bertindak,” katanya lagi.

image is not available

Orang ramai yang melihat perkongsian gambar itu berharap luahan dan aduan guru terbabit sampai ke pihak atasan.

Tak dapat bayangkan macam mana baunya bila tengok keadaan yang sangat menjijikkan!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article