Letih Lepas Main Game Hingga Lewat Malam, Pemuda Ini Cemas Tak Dapat Tutup Mulut Lepas Menguap Terlalu Kuat

Entertainment
13 Apr 2025 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di negara seberang, Indonesia panik apabila mulutnya tiba-tiba tidak dapat ditutup selepas menguap terlalu kuat.

Menurut laporan Sinar Harian, pemuda tersebut menguap terlalu luas dengan membuka mulutnya terlalu lebar kerana penat selepas bermain permainan video (game) sehingga lewat malam.

Susulan itu, mulutnya tiba-tiba tidak dapat ditutup dan dia kemudiannya telah dibawa ke klinik gigi untuk rawatan oleh orang terdekatnya.

Kisah pemuda tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram oleh doktor gigi yang merawat pemuda itu agar orang ramai yang gemar bermain online game sehingga larut malam akan mengambil iktibar daripada kisah ini.

image is not available

Menurut doktor tersebut, rahang pemuda berkenaan telah terkehel atau dislocated jaw (temporomandibular joint (TMJ) dislocation).

Doktor gigi tersebut kemudiannya telah berjaya mengembalikan rahang lelaki tersebut ke kedudukan asalnya.

image is not available

Difahamkan, masalah ini boleh terjadi jika anda ketawa atau menguap terlalu besar atau makan makanan seperti burger dan sandwich yang besar sekali gus.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.