Letshanaa terus cemerlang di Amerika Syarikat

FootballSports
27 Jun 2025 • 11:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Letshanaa terus menyemarakkan harapan Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Amerika Syarikat apabila melangkah ke suku akhir pada Jumaat.

JAGUH perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, terus menyemarakkan harapan Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Amerika Syarikat apabila melangkah ke suku akhir pada Jumaat.

Pemain ranking ke-50 dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menewaskan pemain India, Aakarshi Kashyap, dalam aksi yang berlanjutan hingga ke set penentuan kejohanan berstatus Super 300 itu.

Letshanaa bermula baik apabila menang 21-17, namun lawan yang menduduki ranking ke-49 dunia bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 22-20.

Pada set penentuan, pemain berusia 21 tahun itu kembali memperkemaskan permainan untuk menang 21-13 dalam pertarungan sengit selama 65 minit.

Ini merupakan penampilan suku akhir kedua buat Letshanaa, selepas Kejohanan Terbuka Taiwan pada Mei lalu, dan kali ini satu lagi wakil India, Tanvi Sharma (ranking ke-66 dunia), menantinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved