Letupan bateri hibrid bukan punca X90 terbakar

24 Aug 2023 • 7:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Video tular memaparkan X90 terbakar.

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd (Proton) menjelaskan insiden kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, X90 terbakar seperti yang tular di media sosial pada Rabu, bukan berpunca daripada bateri hibrid (48v).

Proton dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat itu sedang menjalankan siasatan yang teliti dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian.

"Kami mengambil maklum berhubung insiden berkenaan dan kenderaan tersebut kini berada dalam simpanan Proton.

"Kami ingin menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid (48v) Proton X90," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada Rabu, tular satu video berdurasi tiga minit memaparkan bahagian dalaman kereta Proton X90 berasap dan terbakar.

Katanya lagi, Proton memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif selain menekankan siasatan masih diteruskan.

"Kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami, sekali gus ingin meyakinkan pengguna semua model syarikat ini dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi.

"Setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada kami," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved