Letupan Bom Di Istanbul: 6 Maut, 81 Cedera

14 Nov 2022 • 10:22 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota polis dari unit siasatan jenayah menyiasat kejadian letupan di Istiklal Avenue, Istanbul, pada Ahad. - Gambar AFP

ANKARA - Enam orang maut manakala 81 lagi cedera dalam letupan di Istiklal Avenue, Istanbul pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Naib presiden Turkiye, Fuat Oktay yang melawat lokasi kejadian memberitahu media di Dataran Taksim Istanbul bahawa seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

Menurut Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya, insiden itu berlaku sekitar 4.20 petang (1320 GMT) waktu tempatan, manakala polis dan pegawai kecemasan telah mengepung tempat kejadian.

Terdahulu, sejurus sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak G20 ke-17, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata serangan bom itu "berkemungkinan serangan pengganas."

Beliau berkata negara tidak akan tunduk kepada keganasan, dan semua pelaku akan dikenal pasti.

Pemimpin dunia termasuk Pakistan, Sweden, Ukraine, Azerbaijan dan lain-lain mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Türkiye. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved