Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery

LocalCars
4 Apr 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta China, Chery Auto Malaysia menyerahkan 25 kenderaan jenis utiliti sukan kepada mangsa letupan gas selepas mangsa membuat permohonan untuk menggunakan kenderaan sementara selama sebulan.

Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.

Antara model yang diserahkan adalah terdiri daripada pelbagai model seperti Omoda 5, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan terima kasih kepada Chery kerana menunaikan janji mereka.

“Selain kereta, Chery turut memberikan wang petrol sebanyak RM100 kepada setiap peminjam kenderaan ini.

"Selain itu, Chery Malaysia juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada pengurusan Masjid Putra Heights, yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bagi membantu menampung kos utiliti sepanjang tempoh PPS beroperasi," katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian pada sidang media di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya, sebentar tadi.

image is not available

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia Leo Chen ,Menteri Digital Gobind Singh dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.