Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja tanggung bil utiliti Masjid Putra Heights – Mat Sabu

LocalPolitics
4 Apr 2025 • 8:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja akan menanggung bil utiliti Masjid Putra Heights, di sini, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa letupan paip gas bawah tanah, sejak Selasa lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Kota Raja iaitu Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tanggungan bil bagi April itu disalurkan untuk membantu meringankan beban kos perbelanjaan berikutan insiden berkenaan.

image is not available

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja tanggung bil utiliti

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bantuan lain turut akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Bang Mat (Mohamad Sabu) berharap semua mangsa bersabar dan menyeru kepada semua supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan aspek keselamatan dalam apa jua keadaan,”katanya, hari ini.

image is not available

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut memuji semangat perpaduan dan kerjasama kukuh ditunjukkan rakyat Malaysia susulan insiden terbabit.

Beliau berkata, kerajaan dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil tindakan pantas bagi menangani kebimbangan keselamatan susulan insiden yang berlaku pada 1 April itu.

“Usaha kini beralih kepada membantu mereka yang terjejas akibat kebakaran itu. Kita melihat sokongan menggalakkan daripada pelbagai pihak, baik daripada kerajaan negeri dan Persekutuan mahupun Petronas,” katanya.

image is not available

Tambah beliau, mereka juga kini sedang melihat perancangan jangka panjang, namun harus memberi ruang kepada pasukan penyiasat menyelesaikan kerja mereka dan mengemukakan cadangan mereka terlebih dulu,”

Beliau berkata, kerajaan juga memberi bantuan penginapan sementara dan keperluan asas kepada keluarga yang terjejas.

Sumber: BERNAMA, FB Mohamad Sabu