Letupan kedengaran di Kyiv, Ukraine sebaik bermulanya tahun 2023

1 Jan 2023 • 12:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KYIV: Letupan kedengaran di seluruh Kyiv, ibu negara Ukraine sebaik tahun baharu 2023 membuka tirainya, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko pada Ahad.

Vitali Klitschko berkata letupan itu kedengaran di daerah Shevchenkivskyi dan Holosiivskyi di Kyiv, lapor Agensi Anadolu.

“Letupan kedengaran di ibu negara. Pertahanan udara berfungsi,“ katanya menerusi Telegram.

Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pada Sabtu, seorang awam terbunuh dan 20 cedera dalam satu serangan peluru berpandu.-Bernama