Letupan silinder gas: Tiga kenderaan, dua gerai rosak

2 Jan 2026 • 10:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu 1 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved