Silinder gas helium meletup, dua gerai, tiga kereta rosak

2 Jan 2026 • 10:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari Jumaat. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR - Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu pada 1 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

"Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved