“Level taqwa yang rare” – Netizen Puji Sikap Khabib, Tak Mahu Perlawanan Disponsor Laman Judi

Entertainment
26 Aug 2022 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebut sahaja nama Khabib Nurmagomedov pasti ramai yang ingat dengan kehebatannya dalam seni bela diri campuran dan pernah menjadi juara Ultimate Fighting Championship (UFC) sebanyak dua kali.

Beragama Islam dan berasal dari Dagestan, Rusia, nama Khabib mulai meledak selepas pertarungannya mengalahkan Conor McGregor, gara-gara lawannya itu suka membuat provokasi terhadap Khabib melibatkan bapanya dan agama.

image is not available

“Judi lebih bahaya daripada minum arak”

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di Twitter memaparkan Khabib menolak tawaran syarikat judi untuk sponsor perlawanan dan kelabnya, Eagle FC.

Menurut sesi temubual itu, Eagle FC merupakan satu-satunya kelab di Rusia yang tidak bekerjasama dengan platform perjudian.

Bila ditanya mengapa dia memilih untuk tidak bekerjasama dengan platform perjudian, Khabib menjawab mereka sudah ada pihak sponsor yang baik dan tidak memerlukan sebarang pembuat taruhan.

Saya percaya perjudian ini lebih berbahaya daripada meminum arak. Bertaruh merosakkan institusi kekeluargaan.

“Kamu sendiri tahu berapa ramai budak muda pergi ke laman web mereka (laman web judi) duduk di situ dan menjadi ketagih dengannya? Seluruh keluarga musnah kerananya. Kamu juga tahu betapa ketagihnya judi ini, ia lebih kurang sama macam ketagihan dadah,” jelas Khabib.

Tambahnya lagi, dia juga tidak merasa rugi kerana tidak mendapat bayaran yang tinggi daripada syarikat perjudian. Malah dia juga mahu orang melihat perlawanannya kerana minatkan sukan dan bukannya untuk berjudi.

“Level taqwa extremely rare…”

Video berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata sangat terpesona dengan level ketakwaan yang dimiliki Khabib.

Meskipun dia berada di dalam industri yang mana rata-rata berkisarkan mengenai dadah, arak, perjudian, wanita dan sebagainya, Khabib masih berpegang teguh kepada Islam.

image is not available

Malah ramai juga mengatakan akhlak hebat yang dimilik oleh Khabib ini disebabkan komuniti tempat tinggalnya yang begitu kuat dengan ajaran agama Islam.

Khabib juga pada suatu masa dulu membantah perlawanannya mempunyai gadis gelanggang atau ‘ring girls’ yang dianggap satu perkara yang sia-sia.

image is not available

Salute betul dengan didikan Khabib ni. Semoga kita boleh mengambil contoh yang baik darinya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.