Lewat Hantar Bantuan Hingga 200 Orang Terkorban Akibat Banjir, Raja Sepanyol Dilempar Telur & Lumpur

Entertainment
4 Nov 2024 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ratusan penduduk di Paiporta, Valencia dekat Sepanyol baru-baru ini telah bertindak di luar batas apabila mencemuh dan melemparkan telur dan lumpur ke arah Raja Sepanyol, Raja Felipe VI ketika baginda turun padang meninjau keadaan mangsa banjir.

Kemarahan penduduk ini dikatakan memuncak apabila bantuan banjir lewat diterima hingga menyebabkan lebih 200 nyawa terkorban.

Raja Felipe dan Ratu Letizia telah disambut dengan jeritan ‘pembunuh’ semasa melawat kawasan yang terjejas teruk bersama Perdana Menteri, Pedro Sanchez serta Gabenor Wilayah, Carlos Mazon, di mana penduduk tempatan menuduh pihak berkuasa gagal menangani bencana alam yang terburuk itu.

Pada masa yang sama, baginda juga dikritik kerana didakwa lambat turun padang, selepas empat hari bencana itu melanda beberapa kawasan utama negara tersebut.

Orang ramai dilihat berasak-asak mendekati baginda dan ratu sehingga menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa membuka payung bagi melindungi raja daripada serbuan orang ramai.

image is not available

Sehingga setakat ini, sekurang-kurangnya 214 orang dilaporkan maut akibat banjir dengan angka kematian ini dijangka meningkat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Sepanyol telah mengerahkan 5,000 lagi anggota tentera dalam membantu usaha menyelamat di kawasan banjir. Beliau juga menyifatkan ribut itu sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah daerah berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.