LFE Engineering raih kontrak RM16.2 juta bagi kerja cerucuk projek pembangunan di Cyberjaya

LocalBusiness & Finance
22 Jun 2026 • 5:56 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

LFE Engineering raih kontrak RM16.2 juta bagi kerja cerucuk projek pembangunan di Cyberjaya Image from: LFE Engineering raih kontrak RM16.2 juta bagi kerja cerucuk projek pembangunan di Cyberjaya hamden22/06/2026 - 17:56 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 JunLFE Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, LFE Engineering Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM16.22 juta daripada Puncak Concept Sdn Bhd bagi kerja-kerja cerucuk dan infrastruktur berkaitan untuk sebuah projek pembangunan di Cyberjaya.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, LFE berkata, anak syarikatnya telah menerima dan menandatangani Surat Anugerah (LOA) bertarikh 22 Jun 2026 daripada Puncak Concept bagi melaksanakan kerja-kerja pembekalan bahan, penghantaran serta perkhidmatan pembinaan untuk projek yang terletak di Lot PT 115104, Persiaran Sepang, Cyber 10, Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor.

 

Skop kerja yang dianugerahkan merangkumi pembekalan dan penghantaran bahan serta barangan, selain pelaksanaan kerja pembinaan melibatkan cerucuk, pile cap dan kerja-kerja berkaitan.

 

Kontrak tersebut bernilai RM16.216 juta dan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh bulan bermula 20 Jun 2026 sehingga 20 Januari 2027.

 

Menurut LFE, kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 sehingga tamat tempoh kontrak.

 

“Kontrak ini tidak memberi sebarang kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham syarikat,” katanya.

 

Pada masa sama, syarikat menjangkakan tiada risiko material yang timbul daripada kontrak tersebut selain risiko operasi biasa yang lazim dalam industri pembinaan dan kejuruteraan.

 

LFE berkata, pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya bagi meminimumkan sebarang risiko berkaitan sepanjang pelaksanaan projek.

 

Dari sudut tadbir urus, syarikat memaklumkan bahawa Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham utama LFE, Chuah Chong Ewe, turut merupakan pengarah dan pemegang saham dalam Puncak Concept Sdn Bhd.

 

Bagaimanapun, selain beliau, tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan lain yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.

 

Menurut syarikat, kontrak tersebut dimeterai dalam urusan perniagaan biasa kumpulan dan tidak memerlukan kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia.

 

LFE turut memaklumkan nisbah peratusan tertinggi yang terpakai bagi kontrak tersebut adalah sebanyak 6.17% selaras dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. - DagangNews.com

Terkini standard