LG Hasilkan Panel LCD 1-120Hz Yang Menjimatkan Pengguna Kuasa Sehingga 48%

TechnologyDigital
24 Mar 2026 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LG Display memulakan pengeluaran besar-besaran panel LCD komputer riba dengan teknologi Oxide 1Hz yang membolehkan panel beroperasi pada kadar segar semula 120Hz atau 1Hz mengikut kandungan yang dipaparkan.

image is not available

Teknologi Oxide 1Hz membolehkan panel ini boleh menukar kadar segar semula secara automatik. Misalnya 1Hz untuk memaparkan kandungan statik seperti e-mel, ebuku, atau dokumen kerja. Kemudian ia meningkat sehingga 120Hz untuk memaparkan video, permainan video dan kandungan dinamik. Ini sekaligus mengurangkan penggunaan bateri sehingga 48% berbanding panel LCD biasa. Sebelum ini jika ingin menjimatkan penggunaan bateri, panel OLED atau E-ink sahaja digunakan.

Panel Oxide 1Hz akan digunakan oleh Dell terlebih dahulu khususnya untuk siri premium XPS. LG Display turut merancang untuk memulakan pengeluaran besar-besaran panel OLED 1Hz pada 2027.