HONOR MagicPad 4 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Gen 5 dan Bateri 10100 mAh

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 4:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tablet mercu terbaru HONOR MagicPad 4 turut dilancarkan di MWC 2026. Kali ini, ia datang dengan ketebalan hanya 4.8mm sahaja. Skrinnya juga turut mempunyai bezel senipis 3.9mm dan menggunakan panel OLED dengan resolusi 3K beserta kadar segar semula 165Hz.

image is not available
image is not available

Sebagai tablet mercu ia dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 dengan bateri sebesar 10100mAH yang boleh bertahan seharian. Untuk menambahkan lagi kepuasan hiburan, ia dilengkapi dengan 8 pembesar suara HONOR Spatial Audio untuk kualiti bunyi yang lebih imersif

image is not available
image is not available

HONOR MagicPad 4 ini juga lebih mesra untuk pengguna Mac atau iPhone kerana ia boleh melakukan beberapa perkara seperti pemindahan fail secara terus dengan mudah atau membuatkan peranti ini sebagai skrin kedua untuk Mac. 

image is not available