
LG Electronics Malaysia (LG Malaysia), dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), mengumumkan bahawa kempen tahunan Life’s Good Blood Donation Drive 2025 telah menyaksikan sambutan luar biasa dengan kutipan 60 beg darah hasil keprihatinan dan kemurahan hati para penderma.
Diadakan di KL Eco City, kempen pendermaan yang berjaya ini berlangsung pada masa yang kritikal bagi bekalan darah negara. Menurut data daripada PDN, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 2,200 beg darah setiap hari, untuk memenuhi keperluan pesakit di seluruh negara. Walaupun negara telah berjaya mengumpul sebanyak 790,680 beg darah dalam tempoh kebelakangan ini, permintaan sering mengatasi bekalan semasa musim perayaan, kecemasan, serta keadaan perubatan seperti talasemia, rawatan kanser, kes trauma dan denggi teruk.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata, “Life’s Good apabila kita berbuat baik, dan kami amat menghargai setiap rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam kempen tahun ini. Kutipan sebanyak 60 beg darah bermakna 60 potensi nyawa dapat dibantu, dan kami berbangga kerana dapat merealisasikannya bersama PDN.”
Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara, menegaskan kepentingan kerjasama itu. “Kerjasama kami dengan LG Malaysia tahun ini benar-benar memberi impak bermakna. Peningkatan jumlah pendermaan menunjukkan kesedaran awam yang semakin tinggi, namun yang lebih penting, ia membantu kami memastikan bekalan darah yang selamat dan mencukupi dapat disalurkan ke hospital di seluruh negara. Setiap beg darah amat bermakna.”
Kempen Life’s Good Blood Donation Drive 2025 dijalankan dengan seliaan pasukan perubatan profesional daripada PDN bagi memastikan setiap proses pendermaan dilakukan dengan selamat dan dalam suasana yang mesra serta menyenangkan untuk para penderma. Sebagai tanda penghargaan, LG Malaysia turut menghadiahkan cenderamata kepada semua penderma yang menyumbang demi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada misi Life’s Good oleh LG Malaysia, komitmen untuk memperkasa kesejahteraan komuniti, bukan hanya melalui inovasi teknologi tetapi juga tindakan yang membawa perubahan positif kepada kehidupan. Dengan kerjasama PDN dan para penderma, LG bertekad untuk meningkatkan jumlah penyertaan setiap tahun dan membantu negara mencapai sasaran 35 penderma bagi setiap 1,000 penduduk menjelang tahun 2030, seperti disarankan oleh pakar kesihatan.
Justin Choi menambah bahawa LG Malaysia melihat setiap pendermaan sebagai satu sumbangan bermakna dalam memenuhi keperluan berterusan negara, sambil mengakui masih banyak usaha diperlukan untuk mencapai permintaan nasional.
“Kami percaya setiap pendermaan amat signifikan, bukan hanya untuk hari ini tetapi juga dalam membina budaya memberi. Walaupun 60 beg merupakan sumbangan sederhana berbanding keperluan harian negara sebanyak 2,200 beg, kami berharap inisiatif seperti ini dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi penderma darah tetap, dan kami kekal komited dalam memainkan peranan kami,” simpul Justin Choi.
Untuk maklumat lanjut tentang Malaysia dan Kempen Life’s Good, sila layari Laman Web Rasmi LG Malaysia, www.lg.com/my atau ikuti LG Malaysia di Facebook www.facebook.com/LGMalaysia.
The post LG Malaysia Bersama Pusat Darah Negara Galak Derma Darah Sempena Life’s Good 2025 appeared first on Siakap Keli.




