Tahun Melawat Malaysia 2026: ITM 2025 Buktikan Kejayaan Dengan RM2.65 Juta Jualan

LocalTravel
8 Dec 2025 • 6:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tahun Melawat Malaysia 2026: ITM 2025 Buktikan Kejayaan Dengan RM2.65 Juta Jualan

Islamic Tourism Month (ITM) 2025 berjaya mencapai sasaran pendapatan jualan bernilai RM2.65 juta, sekali gus menutup tirai kempen nasional pelancongan mesra Muslim yang menyatukan rakan strategik, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dan menarik perhatian khalayak merentas generasi dan sempadan.

Sepanjang lebih 40 hari penganjuran, ITM 2025 mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam pelancongan inklusif berasaskan nilai keagamaan, dengan memanfaatkan posisi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Dianjurkan oleh Islamic Tourism Centre (ITC) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), ITM tahun ini menyaksikan penyertaan 160 rakan strategik, termasuk pelbagai jenama hospitaliti, premis halal bertauliah dan masjid seluruh negara.

image is not available

Gabungan pelbagai elemen ini mencorak kalendar acara, promosi dan inisiatif pendidikan yang dinamik, menonjolkan warisan Islam Malaysia yang kaya serta kecemerlangan sektor pelancongan negara. 

Salah satu sorotan utama ialah ITM 2025 TikTok Challenge, yang telah menarik 144 penyertaan dan 1.7 juta tontonan. Pelawat dari dalam dan luar negara menampilkan kreativiti mereka dengan merakam pengalaman pelancongan mesra Muslim, jejak makanan halal dan khazanah budaya di seluruh negara, sekali gus memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pelancong generasi baharu. 

image is not available

Lanjutan itu, ITC mengumumkan empat pemenang teratas ITM 2025 TikTok Challenge yang akan membawa pulang hadiah dengan nilai lebih RM50,000 seperti berikut:

Hadiah Utama: @myhalalexplorer, 

(Pakej pelancongan 7H6M ke Xi’an, China untuk 2 orang + kad prabayar RM1,000), RM600 baucar Siti Khadijah, 1 x Tiket Pawagam TGV 

– Hadiah ke-2: @mamaaisyatihani, 

(Pelayaran Islamik 3H2M bersama Aroya Cruises untuk 2 orang + kad prabayar RM1,000), RM500 baucar Siti Khadijah, 1 x Tiket Pawagam TGV 

Hadiah ke-3: @angahbuathal 

(Pakej 4H3M ke Kota Kinabalu & Kundasang (Island Hopping) untuk 2 orang + kad prabayar RM1,000), RM400 baucar Siti Khadijah, 1 x Tiket Pawagam TGV 

– Hadiah ke-4: @akimyzm 

(Penginapan 3H2M di Berjaya Times Square Hotel + tiket Taman Tema BTS & Muzium Kesenian Islam untuk 4 orang + kad prabayar RM1,000), RM300 baucar Siti Khadijah, 1 x Tiket Pawagam TGV

image is not available

Satu lagi inisiatif berimpak tinggi ialah Hari Terbuka Masjid, yang dianjurkan di 8 buah masjid di seluruh negara, menyambut kehadiran pelawat tempatan dan antarabangsa untuk sesi lawatan berpandu, dialog antara agama dan pengalaman kebudayaan.

Acara yang menarik lebih 3,000 pelawat ini membantu komuniti setempat menjana lebih RM16,000 ini menerima reaksi positif meluas atas usaha memupuk kefahaman dan keterlibatan komuniti. 

Sepanjang tempoh penganjuran, ITM 2025 turut menampilkan PMKS dalam lapan kategori hospitaliti utama: Hari Terbuka Masjid, Penginapan, Pakej Pelancongan, Spa, Kecantikan dan Kesihatan, Makanan dan Minuman, Acara dan Pameran, Beli-belah, dan Tarikan Pelancongan dan Taman Tema.

Usahawan tempatan diperkasa melalui promosi tersusun, pelancaran produk dan penceritaan digital yang diterajui oleh ITC melalui kempen ITM 2025. Daripada produk halal, kraftangan hingga inap desa mesra alam, PMKS pelancongan Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman melancong yang asli dan berkualiti tinggi.

image is not available

“ITM 2025 menonjolkan kekuatan kolaborasi, kreativiti dan jati diri budaya Malaysia. Kita bukan sahaja bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia (VM2026), malah bersedia untuk menerajui dunia dalam sektor Pelancongan Mesra-Muslim,” maklum Pemangku Ketua Pengarah ITC, Puan Nur Alyssa Coraline Yussin. 

Dengan jumlah ketibaan pelawat yang memberangsangkan dan liputan media antarabangsa yang meluas, ITM 2025 telah meningkatkan keterlihatan Malaysia di peta pelancongan global. Kejayaan kempen ini membuka laluan kepada inisiatif yang lebih meluas pada tahun 2026, termasuk program pensijilan baharu, platform digital dan kerjasama rentas sempadan. 

Kejayaan ITM 2025 sejajar dengan prinsip teras Malaysia MADANI, khususnya dalam menggalakkan kemakmuran melalui pembangunan ekonomi yang mampan dan penghormatan budaya.

image is not available

Penekanan terhadap PMKS, galakan inovasi digital dan penyediaan pengalaman pelancongan yang inklusif memamerkan dedikasi kerajaan terhadap kerangka pembinaan yang saksama dan berlandaskan nilai, yang merupakan teras kepada wawasan MADANI. 

Majlis Penghargaan ITM 2025 yang berlangsung di Hotel Westin Kuala Lumpur ini dihadiri oleh Timbalan Menteri MOTAC, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Komitmen Malaysia terhadap pelancongan yang inklusif, mampan dan menghormati budaya terus diperkukuh dengan ITC menerajui usaha ke arah masa depan yang lebih bertenaga dan saling berhubung di peringkat global.

The post Tahun Melawat Malaysia 2026: ITM 2025 Buktikan Kejayaan Dengan RM2.65 Juta Jualan appeared first on Siakap Keli.