LG Malaysia Melancarkan Tawaran Hari Merdeka Dan Peluang Untuk Bertemu Lee Zi Jia

LocalEntertainment
3 Sep 2024 • 10:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

LG Malaysia Melancarkan Tawaran Hari Merdeka Dan Peluang Untuk Bertemu Lee Zi Jia

KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER 2024 – Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia merebut peluang untuk meningkatkan suasana kediaman mereka dengan peralatan rumah terkini pada harga yang tiada tandingan! Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, LG Malaysia melancarkan promosi yang paling dinanti-nantikan untuk tahun ini, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2024.

Selain tawaran eksklusif yang membolehkan warga Malaysia menerima rebat sehingga RM2,500 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet dengan pembelian produk LG terpilih, para pelanggan juga boleh memperoleh kredit Touch ‘n Go eWallet tambahan sehingga RM400 apabila mereka mix and match dua atau lebih produk LG terpilih daripada kategori produk yang berbeza.

Di samping itu, dengan sebarang pembelian kombo LG TV dan LG Sound Bar, warga Malaysia turut dapat menikmati rebat tambahan sehingga RM700 kredit Touch ‘n Go eWallet!

Promosi ini menampilkan pelbagai pilihan produk LG, termasuk barisan TV LG OLED evo AI terkini, LG Sound Bar dan peralatan inovatif seperti LG WashTower, LG Styler, LG InstaView, LG CordZero, Penghawa Dingin LG ARTCOOL, dan Penapis Air dan Penapis Udara LG PuriCare.

Sama ada anda ingin meningkatkan hiburan rumah atau menaik taraf dapur, LG Malaysia mempunyai penyelesaian yang sempurna untuk anda.

Dalam pada itu, sempena ulang tahun kedua LG WashTower pada tahun ini, LG menawarkan peluang istimewa kepada rakyat Malaysia untuk memenangi penginapan eksklusif 2H1M di One & Only Desaru Coast, serta pilihan antara Tefal All-In-One Solution Ixeo+ bernilai RM1,899 atau kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM800 dengan setiap pembelian LG WashTower.

Sementara itu, LG Malaysia juga akan menganjurkan pertandingan eksklusif di mana pelanggan berpeluang memenangi sesi meet-and-greet bersama Lee Zii Jia, atlet badminton negara dan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik baru-baru ini.

image is not available

Untuk menyertai pertandingan ini, beli produk LG terpilih and jawab soalan “Apa yang akan anda katakan kepada Lee Zii Jia apabila anda bertemu dengannya?” dengan tidak melebihi 300 patah perkataan.

Hantar jawapan anda melalui portal dalam talian https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-merdeka-promo-2024 sebelum 11.59 malam pada 30 November 2024. Lima penyertaan teratas dengan jawapan yang paling menarik akan mendapat peluang untuk bertemu dengan Lee Zii Jia!

“Di LG Malaysia, misi kami adalah untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami melalui inovasi dan teknologi barisan produk LG. Kami meraikan sambutan yang sangat bermakna untuk negara kita dengan mengadakan promosi Merdeka supaya warga Malaysia dapat menikmati pengalaman Life’s Good dengan mendapatkan produk termaju kami,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.

Jangan lepaskan tawaran hebat ini dan kunjungi peruncit sah LG terdekat anda hari ini! Untuk maklumat lanjut tentang LG dan promosinya, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.