
LG Malaysia telah mengumumkan barisan TV pintar premium 2026 yang hadir dengan pelbagai inovasi baharu. Langkah ini memperlihatkan usaha berterusan LG untuk menawarkan teknologi paparan lebih baik, pemproses AI generasi terkini serta ekosistem pintar berasaskan webOS bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Model utama ialah OLED evo W6 Wallpaper TV ialah televisyen nipis dengan ketebalan hanya 9.95mm. Ia direka untuk dipasang rata pada dinding dengan gaya minimalis. Televisyen ini berfungsi secara True Wireless melalui Zero Connect Box yang boleh diletakkan sehingga 10meter dari skrin bagi menghantar video dan audio nirwayar.

Lebih menarik, ia merupakan televisyen pertama di dunia yang menyokong 4K 165Hz nirwayar dengan prestasi hampir tanpa kehilangan kualiti imej. Ia turut dilengkapi teknologi Hyper Radiant Color yang menjadikan warna dan kecerahan sehingga 3.9 kali lebih terang berbanding OLED biasa. Dikuasai oleh pemproses Alpha 11 AI Gen3, ia mampu mengoptimumkan video dan audio dengan lebih tepat serta mengurangkan gangguan paparan. Selain itu, fungsi Gallery Mode membolehkan karya seni dipaparkan dengan warna realistik.

Di samping itu, LG turut memperkenalkan Micro RGB evo yang menggunakan pemproses Alpha 11 AI Gen3 untuk mengawal sebanyak 8.3 juta piksel. Teknologi Micro RGB dengan LED bersaiz mikro memberikan kawalan warna lebih tepat sekali gus mencapai liputan penuh piawaian BT.2020, DCI-P3 dan Adobe RGB. Ia turut disokong oleh Micro Dimming Ultra yang mengurus lebih seribu zon pencahayaan untuk kontras serta perincian imej yang jelas. Tidak ketinggalan, LG juga memperkenalkan Mini RGB (MRGB86) yang menawarkan liputan warna berganda dengan teknologi Precision Dimming.

Sementara itu, LG QNED evo AI Mini LED 2026 hadir dengan pemproses α8 AI 4K Gen3 yang meningkatkan kualiti imej dan bunyi melalui teknologi AI. Dengan Dynamic QNED Color Pro, ketepatan warna dapat dikekalkan meskipun dalam adegan HDR yang terang. Untuk peminat permua, ia menyokong sehingga 165Hz VRR, FreeSync, ALLM dan HGIG bagi pengalaman gaming lebih lancar. Selain itu, ia dilengkapi dengan AI Super Upscaling, AI Picture Pro serta AI Sound Pro. Teknologi Mini LED bersama Precision Dimming Ultra pula memberikan kontras lebih baik dan warna yang lebih tepat.

Barisan TV LG 2026 ini hadir dengan ekosistem Smart Life Solutions berasaskan platform webOS. Ia menawarkan ciri baharu seperti Voice ID untuk cadangan kandungan peribadi, integrasi dengan Google Gemini, AI Concierge, AI Magic Remote serta aplikasi sukan LG Sports Playbook yang menyediakan skor masa nyata, jadual perlawanan dan analisis pasukan. Harga rasmi kesemua TV LG 2026 adalah seperti berikut:
| Model | Ukuran | Harga (RM) | |
| LG OLED evo AI | W6 | 83” | 42,399 |
| G6 | 77″ | 28,999 | |
| 65″ | 16,999 | ||
| C6 | 83” | 29,699 | |
| 77” | 26,799 | ||
| 65” | 14,799 | ||
| 55” | 11,299 | ||
| 48” | 6,999 | ||
| LG OLED AI | B6 | 83” | 28,299 |
| 77” | 25,399 | ||
| 65” | 12,699 | ||
| 55” | 9,199 | ||
| 48” | 5,899 | ||
| LG Micro RGB evo | MRGB96 | 100” | 42,399 |
| LG Mini RGB evo | MRGB86 | 86” | 16,799 |
| 75” | 11,299 | ||
| 65” | 7,899 | ||
| 55” | 6,399 | ||
| LG QNED evo AI Mini LED | QNED86 | 100” | 28,299 |
| 86” | 14,799 | ||
| 75” | 9,899 | ||
| 65” | 6,499 | ||
| 55” | 5,699 | ||
| QNED80 | 85” | 11,199 | |
| 75” | 7,499 | ||
| 65” | 5,099 | ||
| 55” | 4,099 | ||
| 50” | 3,799 | ||
| LG QNED AI Mini LED | QNED70 | 86” | 10,999 |
| 75” | 7,299 | ||
| 65” | 4,899 | ||
| 55” | 3,999 | ||
| 50” | 3,699 | ||
| 43” | 2,899 | ||
| NANO 4K UHD | NU85 | 98” | 11,899 |
| 85” | 7,599 | ||
| 75” | 4,799 | ||
| 65” | 3,599 | ||
| 55” | 2,699 | ||
| 50” | 2,199 | ||
| 43” | 2,049 | ||
| NU86 | 75” | 4,899 | |
| NU84 | 75” | 4,699 | |
| 65” | 3,499 | ||
| 55” | 2,599 | ||
| 50” | 2,099 |




