LG Memasang Aplikasi Iklan Tanpa Kebenaran di PC Windows

TechnologyDigital
24 Jul 2026 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LG Memasang Aplikasi Iklan Tanpa Kebenaran di PC Windows

Anda tidak boleh lari daripada iklan di jalan raya, surat khabar, majalah, laman web dan kini pada perisian yang diperlukan untuk mengawal monitor komputer Windows. LG didapati memasang “LG Monitor App Installer” tanpa kebenaran pemilik menerusi sistem kemas kini WIndows.

Selepas aplikasi dipasang, ia mula memaparkan iklan untuk memasang aplikasi lain seperti McAfee Scam Detector dan LG Calibration Studio. Iklan hanya boleh dibuang dengan menyahpasang LG Monitor App Installer.

Image from: LG Memasang Aplikasi Iklan Tanpa Kebenaran di PC Windows

Tindakan LG melakukan pemasangan secara rahsia menerusi sistem WIndows Update menerima perhatian Microsoft. Microsoft segera campur tangan dan semalam LG secara senyap menghentikan pemasangan aplikasi tanpa kebenaran secara serta merta.

Isu ini didapati berlaku pada sekurang-kurangnya lapan model monitor LG UltraGear termasuk model premium yang dijual pada harga yang tinggi. Ini bukan kali pertama LG memperkenalkan iklan selepas produk dibeli sehingga menimbulkan kemarahan konsumer.

Dua tahun lalu, LG memaparkan iklan pada TV pintar WebOS apabila ia berada dalam mod statik. Ia diaktifkan secara mengejut dan mengambil keseluruhan ruang panel TV. Ciri ini perlu dimatikan secara manual oleh pemilik.

Sumber – PC Mag

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved