TikTok Didenda 10.3 Bilion Won Kerana Kumpul Data Pengguna Tanpa Kebenaran

TechnologyDigital
24 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok dikenakan denda 10.3 bilion won (RM 29 juta) oleh Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Korea Selatan (PIPC) berikutan pengumpulan data aktiviti pengguna melalui alat yang diedarkan kepada laman web dan aplikasi pihak ketiga. Data yang sama digunakan untuk iklan yang diperibadikan tanpa pemberitahuan yang sewajarnya kepada 9.45 juta TikTok pengguna Korea Selatan.

Denda perlu dibayar TikTok Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura kerana ia menjalan perkhidmatan TikTok di Korea Selatan. TikTok mengedarkan alat pengumpulan data aktiviti pengguna percuma, seperti TikTok Pixel dan Events SDK, untuk membantu pengiklan mengukur keberkesanan kempen iklan mereka.

TikTok

Data aktiviti merujuk kepada rekod yang boleh mendedahkan minat atau pilihan pengguna berdasarkan aktiviti di laman web atau aplikasi, seperti pembelian, menambah item ke troli beli-belah, carian, tontonan kandungan dan muat turun. Kira-kira 71,000 syarikat di Korea menggunakan alat pengumpulan data aktiviti TikTok.

Selain TikTok, dua anak syarikat Apple – Apple Distribution International dan Apple Services – juga didapati gagal mematuhi prosedur yang betul semasa memproses maklumat peribadi. Mereka mengumpul transkrip yang dijana daripada rakaman suara pengguna Siri dan menggunakannya untuk meningkatkan pengecaman pertuturan pembantu suara tanpa mendapatkan persetujuan pengguna yang berasingan.

Apple juga dilaporkan gagal mendedahkan dengan secukupnya dalam dasar privasinya jenis maklumat peribadi yang dipindahkan kepada sekutunya di Amerika Syarikar. Apple bekerjasama dengan PIPC dan memperkenalkan proses persetujuan berasingan untuk penggunaan rakaman suara dan memperkukuhkan perlindungan dengan menapis maklumat peribadi yang terkandung dalam rakaman semasa proses siasatan.

Syarikat itu juga menyemak semula dasar privasinya dan membetulkan pelanggaran tersebut. PIPC mengenakan denda pentadbiran sebanyak 252 juta won (~RM 704,000) dan mengarahkan Apple untuk meningkatkan pengurusan pemindahan data luar negara.

Sumber – Joong Ang Daily

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved