(Ura-Ura) Oppo Find N2 Mungkin Dilancarkan Pada Disember

TechnologyDigital
8 Nov 2022 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Find N2 mungkin menjadi model kemaskini baharu untuk peranti boleh-lipat daripada Oppo. Ia juga pernah tertiris sebelum ini menerusi laporan GSMArena yang dikhabarkan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, di samping penggunaan panel belakang dengan kemasan berasaskan kulit.

image is not available

Perkongsian baharu mendedahkan spesifikasi peranti sekali lagi tertiris tetapi kini menerusi beberapa tangkap layar yang tular. Ia menunjukkan peranti akan mempunyai skrin dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Maklumat cip pemprosesan pula dikatakan seakan sepadan dengan Snapdragon 8+ Gen 1 yang kemudiannya digabungkan bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu, ia dijangka mempunyai cip MariSilicon X bagi tujuan peningkatan pada sistem kamera, termasuklah kebolehan rakaman video malam lebih baik.

Tiada maklumat mengenai reka bentuk peranti yang diketahui, tetapi ia besar kemungkinan mengekalkan elemen yang sama seperti pendahulunya. Dalam pada itu, ia juga dijangka tiba sekitar bulan Disember depan, namun masih belum ada tarikh khusus yang didedahkan.