LG Menjual TV OLED Lutsinar Pada Harga Hampir RM270,000

TechnologyDigital
24 Dec 2024 • 12:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LG telah memperlihatkan beberapa prototaip TV skrin lutsinar mereka di CES sejak beberapa tahun yang lalu. Teknologi ini bukan baharu tetapi tidak sedia ditawarkan kepada orang ramai hinggalah ia diperlihatkan sebagai produk sebenar di CES menerusi LG Signature OLED T pada Januari lalu. Minggu lalu akhirnya LG menjual televisyen ini pada harga $60,000 (~RM269,340) sebuah.

image is not available

TV pintar webOS ini mempunyai skrin 77″ OLED 4K 120HZ lutsinar dengan sokongan dwi-mod. Mo pertama sekali ialah mod tembus yang membolehkan objek di bahagian belakang dilihat tidak seperti TV konvensional. Mod kedua pula meletakkan skrin belakang berwarna hitam yang membolehkan Signature OLED T digunakan seperti TV biasa dengan kualiti visual yang lebih baik.

image is not available

Menerusi sistem Zero Connect Box, TV ini hanya memerlukan satu sahaja kabel kuasa. Input kotak TV, dan konsol permainan video boleh dilakukan secara nirwayar dari jarak sehingga 10 meter. Sistem audio pula menyokong 11.1.2 saluran dengan Dolby Atmos 4. Sementara itu cip Alpha 11 AI pula meningkatkan kualiti visual dan menjadi pemproses kepada sistem pintar yang digunakan.