LG Posé Objet Juga Mula Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM12,999

TechnologyDigital
12 Jul 2023 • 4:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan jerayawara Perfect 10th, Perfect Black LG Malaysia, jenama elektronik terkemuka dari Korea Selatan tersebut juga telah memperlihatkan sebuah lagi siri televisyen baru untuk pasaran tempatan, iaitu LG Posé Objet.

image is not available

Keunikan televisyen pintar ini hadir dimana ia mempunyai tapak kakinya sendiri, dan menyerupai sebuah bingkai gambar yang mendatar. Ia hadir dengan paparan OLED bersaiz 55 inci dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cip pemprosesan LG α9 AI 4K Gen 6 yang sama digunakan didalam televisyen siri LG OLED evo yang juga diperkenalkan di acara tersebut.

Ia juga menyokong teknologi video dan audio yang sama dengan siri televisyen tersebut, dimana ia hadir dengan teknologi seperti Dolby Vision dan Dolby Atmos dan boleh dijadikan sebuah paparan seakan-akan panggung wayang dengan ciri-ciri tersebut.

image is not available

Satu lagi keunikan televisyen ini ialah ia hadir dengan ruang penyimpanan di bahagian belakang televisyen ini, yang membolehkan ruang anda menjadi sebersih mungkin tanpa memerlukan meja ataupun tempat meletakkan benda.

LG Posé Objet ini juga sudah mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM12,999 dan ia boleh dilihat dan dibeli di jerayawara LG di Mid Valley Megamall bermula hari ini sehingga 16 Julai ini.