Pada masa kini, perkhidmatan siaran televisyen berbayar yang digunakan meluas di Malaysia adalah Astro. Menyedari kadar persaingan yang sangat rendah, kini perkhidmatan televisyen berbayar dari Indonesia, MNC Vision menyatakan akan memasuki pasaran tempatan seawal tahun ini.
Untuk pasaran Malaysia, MNC Vision bekerjasama dengan Ansat Broadcasting. Perkhidmatan siaran berbayar ini akan menggunakan teknologi IPTV dalam menawarkan perkhidmatan mereka untuk pasaran tempatan.

MNC Vision mempunyai sekitar 11.5 juta pelanggan di Indonesia meliputi pelbagai perkhidmatan dibawah kumpulan syarikat mereka. Selain perkhidmatan siaran TV berbayar, MNC juga turut menyediakan perkhidmatan seperti jalur-lebar dan internet untuk pasaran Indonesia.
Menurut syarikat tersebut, perbelanjaan model mungkin adalah kecil kepada hampir tiada kerana akan memanfaatkan liputan satelit yang digunakan oleh penyiarannya.
Buat masa ini, tiada tarikh diberikan lagi untuk pelancaran perkhidmatan penyiaran ini di Malaysia.
- Sumber
- Bernama



