LGM aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2024 • 7:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks telah teraktif di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2024, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataan hari ini, katanya kadar teraktif di Sabah adalah 10 sen sekilogram bagi getah sekerap dengan 50 peratus Kandungan Getah Sekerap (KGK) manakala 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

“Bagi Sarawak, kadar bayaran adalah 20 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. Bagi lateks, insentif adalah 90 sen sekilogram (100 peratus KGK),” katanya.

Menurut LGM, pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Bagaimanapun, IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif di Semenanjung Malaysia bagi Ogos 2024, menyebabkan tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan berkenaan.

Bermula Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pelarasan ini, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan menyokong semua pekebun kecil Malaysia yang berkelayakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.