LHDN Bakal Perkenal e-PCB Plus, Ganti Potongan Cukai Sedia Ada

LocalBusiness & Finance
8 Jan 2025 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal memperkenalkan sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus. Ia bagi menggantikan sistem yang ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

LHDN dalam kenyatannya hari ini memaklumkan bahawa perlaksaan sistem baharu ini seiring dengan pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang bermula pada 24 September lepas.

image is not available

“Susulan pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu ini, majikan diminta untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan pada atau sebelum 15 Jan 2025.”

LHDN maklumkan bahawa bermula 15 Januari ini, sistem PCB sedia ada dibuka hanya untuk paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadap maklumat atau rekod PCB yang terdahulu.

image is not available

Jelasnya, fungsi lain seperti seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya. Oleh itu, perlaksanaan sistem e-PCB Plus sepenuhnya akan dimaklumkan sebelum dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna.

Sehubungan itu, LHDN telah emnayrankan agar majikan yang masih lagi menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan.

Sumber : Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.