LHDN Menafikan Penyebaran Maklumat Berkaitan Bayaran Balik Cukai Menggunakan Portal MyTax

TechnologyDigital
5 Nov 2024 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kenyataan berkaitan status bayaran balik pembayar cukai menggunakan portal MyTax seperti yang tular di laman media sosial baru-baru ini adalah palsu. Dalam kenyataan di Facebook, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat bertulis berhubung perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu.

image is not available

LHDN memaklumkan tiada sebarang makluman menggunakan portal MyTax boleh dilakukan tanpa kebenaran dan HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuasa.

Orang ramai turut disarankan supaya tidak mudah terpedaya dengan kenyataan berbentuk emel, pautan khas dan WhatsApp yang tidak diketahui kesahihannya. Sebaliknya sentiasa membuat seamakan maklumat berkaitan pencukaian melalui laman sesawang rasmi atau berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved